Tampilkan postingan dengan label LifeStyle. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label LifeStyle. Tampilkan semua postingan

Nilai Kehidupan Menurut Islam

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْم
“Dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.”
Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya, Maza Ya’ni Intima-i Li al-Islam, telah menyatakan bahawa di dunia terdapat tiga kategori manusia.

1. Kategori Pertama
Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka    dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:
 
“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah kehidupan kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak dibangkitkan”.(QS al-An’am: ayat 29)

“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka  sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja.” (QS. Al Jatsiyah: ayat 24)

2.Kategori Kedua
Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan Hari Qiyamah tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya berfahaman kebendaan (meterialis) walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.
 
3.Kategori Ketiga
Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia  berbanding dengan Hari Akhirah. Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:
 
“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada bermain-main dan bersenda gurau belaka. Dan sungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi      orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.” (QS. al-An’am: ayat 32)
 
Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada Jalan Allah SWT.
Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapa kewajipan, iaitu:
 
1.    Mengetahui matlamat hidup. Sebagaimana Firman Allah SWT:
 
“Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu).(QS.az-Zariyat: ayat 56)
 
2.   Mamahami nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat. Firman Allah SWT:
 
“Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah, kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempat kamu ? Apakah kamu berpuas hati dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat? Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan akhirat) hanyalah sedikit.”(QS. at-Taubah: ayat 38)
 
3.  Mengetahui hakikat kematian dan mengambil pengajaran daripada kematian yang pasti berlaku kepada setiap manusia sebagaimana Firman Allah SWT:
 
“Tiap-tiap yang berjiwa akan menemui mati.” (QS. Ali ‘Imran: ayat 185)
4.  Mengetahui benar-benar akan hakikat Din al-Islam dengan cara mempelajari dan mendalami dasar-dasar dan hukum-hakamnya.
 
5.   Mengetahui hakikat jahiliyyah, iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran, aliran dan perancangannya. Di samping itu, mendedahkan akibat serta keburukan Jahiliyah. Dengan memahami Jahiliyyah  barulah orang-orang beriman tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang artinya:
 
“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, ia terselamat dari tipu daya mereka.”


Neraca Dalam Kehidupan
 
Dalam pegangan hidup manusia, hendaklah diambil neraca dan nilai syara’, dan tidak seharusnya diambil nilai-nilai lain. Kabaikan dan keburukan hendaklah diperhatikan menurut pandangan syara’ berdasarkan kaedah:
 
“Yang baik ialah  apa yang dipandang baik oleh syara' dan yang buruk ialah apa yang dipandang buruk oleh syara’.”
 
 Terdapat banyak perintah Allah yang memerintahkan kita agar mengambil nilai syara’ dan melarang daripada mengambil nilai yang lain daripada syara’. Antaranya Firman Allah SWT :
 
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas satu syariat (peraturan) daripaa urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.” (QS. al-Jaatsiyah: ayat 18)
 
Ikutilah apa yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pengajaran (daripadaNya). (QS. al-A’raf: ayat 3)
 
“Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada Taghut, pada hal mereka telah diperintahkan agar mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka sejauh-jauhnya.”(QS. Surah an-Nisa’: ayat 60)
 
Terdapat keterangan yang memberi peringatan bahawa memilih dan berpaut kepada yang lain daripada nilai Islam adalah merupakan kesesatan dan menyimpang daripada jalan Allah SWT. Firman Allah SWT:
 
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang  di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan-sangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah SWT).”(QS. al-An’am: ayat 116)
 
“Dan adalah tidak patut bagi lelaki mu’min dan tidak pula patut bagi perempuan mu’min, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkansesuatu ketetapan akan ada pada mereka suatu pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Sesungguhnya sesiapa yang menderhakai Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan  kesesatan yang nyata.” (QS. al-Ahzab: ayat 36)

 
Nilai Yang Tetap
Nilai Islam adalah nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah meskipun zaman beredar dan berubah. Dalam hal ini al-’Allamah Abu al’Ala al-Maududi telah menyatakan dalam risalahnya, Ila AyySyai’ Yad’u al-Islam, bahawa Allah SWT tidak semata-mata menurunkan undang-undang tertingi (Supreme Law) melalui Rasul bahkan diturunkan bersama-samanya nilai yang tetap (Thabitah = Permanent Values). Sesuatu yang telah ditetapkan baik di dalam al-Quran dan sunnah Rasul itu adalah baik selama-lamanya. Demikian juga sebaliknya, sesuatu yang ditetapkan buruk itu maka ia tetap buruk selama-lamanya. Begitu juga yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Ketetapan tersebut tidak boleh dipinda, ditambah, dikurangkan atau dihapuskan. Hanya yang berani membuat pindaan dan pembatalan itu ialah  golongan atau jamaah yang melepaskan dan membebaskan diri daripada Islam.
 
Hal yang sama juga telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Asy-Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya yang sangat bernilai, Khasais at-Tasawwur al-Islami Wa Muqawamatuha, dalam satu tajuk, Ath-Thabat (Nilai Yang Tetap). Perlu diperingatkan sekiranya ketetapan Allah SWT itu tidak dipatuhi maka akan berlakulah kerosakan demi kerosakan di alam ini.
Firman Allah SWT:
 
“Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi dan semua yang terdapat di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (al-Quran) mereka tetapi mereka berpaling daripada kebanggaan tersebut.” (QS. Surah al-Mu’minun: ayat 71)
 
Nilaian Allah
Islam telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai suatu sistem hidup yang sempurna. Telah ditentukan bahawa penilaian yang tinggi dan keuntungan hanya diberikan kepada mereka yang beriman serta menghayati Islam dalam kehidupan mereka. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam FirmanNya:
 
“Demi masa. Sesunguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh.”(QS. al-’Asr: ayat 1-3)
 
Asy-Syahid Sayyid Qutb ketika menghuraikan ayat ini telah menjelaskan bahawa Iman merupakan dasar hidup yang amat penting bagi membuahkan hasil yang baik dan bernilai dalam seluruh cabang hidup. Mana-mana amalan yang tidak lahir daripada keimanan, maka ia tidak bernilai di sisi Allah SWT. Allah SWT telah membuat perbandingan di dalam FirmanNya:
 
“Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka seperti debu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil sebarang manfaat dari apa yang mereka kerjakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.” (QS. Ibrahim: ayat 18)
 
“Dan orang-orang yang kafir, amalan-amalan mereka adalah seumpama fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun.” (QS. an-Nur: ayat 39)
 
Amalan saleh itu adalah buah Iman. Iman itu hidup dan bergerak melahirkan amalan yang soleh. Inilah Iman Islam. Iman itu bergerak, bekerja dan membangun menuju kepada matlamat Ilahi. Ia tidak semata-mata tersimpan beku di lubuk hati. Ia juga bukan semata-mata angan-angan atau sekadar niat baik sahaja tanpa diamalkan.

 
Pembentukan Jama’ah
 
Untuk menyempurnakan tanggungjawab menurut sistem Islam, maka perlulah kepada pembentukan Jama’ah Ummah Islamiyyah. Yakni, jamaah yang ada kesedaran untuk bangun menghayati dan menegakkan Islam. Jamaah dimana anggotanya pimpin-memimpin, bimbing-membimbing antara satu sama lain dalam suasana ukhuwwah dan kasih sayang sejati kerana Allah SWT.
Hendaklah kita sedari bahawa memperkatakan yang hak itu adalah suatu yang wajib, namun terpaksa menghadapi berbagai-bagai kesukaran serta halangan. Din atau sistem Islam itu adalah hak (kebenaran) yang wajib dibangunkan, tetapi ia tidak dapat tertegak melainkan di dalam kawalan jamaah yang sudah terbentuk.

 
Sabar
 
Perlu juga diinsafi bahawa kerja-kerja menegakkan Iman, amal saleh dan mengawal yang hak itu adalah kerja yang amat sukar bagi individu dan jamaah. Maka ia memerlukan  kepada satu senjata, iaitu kesabaran. Yakni sabar dalam jihad sama ada jihad hawa nafsu atau lain-lain, sabar menangung penderitaan dan kesukaran, sabar menghadapi kemungkaran dan kema’siatan yang berleluasa, sabar melalui masa yang panjang dan peningkatan yang lambat dan sabar untuk menuju matlamat yang jauh di dalam perjuangan hidup ini. Hal ini memerlukan kepada jamaah yang mana anggota-anggotanya hidup dalam ukhuwwah dan bimbing-membimbing dengan kesabaran.  Dalam suasana ini, barulah sistem Islam boleh hidup subur dan menghasilkan buah-buah (natijah) yang baik lagi bernilai.

 
Model
 
Model jamaah yang tinggi dan agung telah lahir di Zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Adalah perlu sekali kita mengambil contoh teladan mereka dalam usaha kita membentuk jamaah kini. Generasi pertama tersebut telah memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri penting hingga melayakkan mereka menjadi ummat terbaik.
Berikut disenaraikan beberapa ciri yang terpenting seperti yang dijelaskan oleh Al-’Allamah Abu al-Hasan Ali al-Husni an-Nadawi dalam kitabnya, Maza Khasira al-’Alam Bi Inhitat al-Muslimin. Rumusan beliau ialah:
 
1.    Mereka berpegang teguh kepada Syariat Ilahi. Mereka sesekali tidak mencipta undang-undang menurut hawa nafsu mereka.
 
2.    Mereka telah melalui proses Tarbiyyah (didikan) dan Tazkiyyah (pembersihan) jiwa dalam jangka masa yang lama di bawah pimpinan Rasulullah SAW hingga lahir sifat-sifat terpuji. Jawatan dan tugas disifatkan sebagai amanah dan ujian daripada Allah SWT, bukan kemegahan atau kebanggaan.
 
3.    Perkhidmatan mereka Lillah (kerana Allah SWT), tidak kerana yang lain. Mereka bekerja untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan hanya kepada Allah SWT semata-mata. Kemuliaan hanya bagi orang-orang yang bertaqwa.
 
4.    Mereka membina tamaddun yang saleh meliputi kemajuan rohani,  jasmani dan aqli. Semua bidang hidup dikuasai oleh nilai dan akhlak Islam, meliputi bidang pentadbiran, ekonomi, sosial dan politik.
Sehubungan dengan itu juga, Prof. Muhammad Qutb, pernah menjelaskan bahawa dasar hidup mereka dibina di atas kata-kata Allah SWT. Firman Allah SWT:
 
“Mereka mengabdikan diri kepadaKu dan tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu apa pun.” (QS. an-Nur: ayat 55)

Arti memperhambakan diri kepada Allah SWT itu, menurut tafsirannya, ialah tetap berjalan di atas sistem peraturan Allah SWT. Inilah manhaj yang diguna pakai oleh mereka dalam semua bidang kehidupan.
 
Demikianlah gambaran umum mengenai Jama’ah Islam yang hidup menjunjung perintah-perintah Allah SWT yang disifatkan oleh Allah SWT sebagai umat terbaik dan menjadi model untuk seluruh manusia.

Editor : Muhammad Hidayat 
Read more

Nilai Kehidupan #1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alkisah, ada seorang pemuda yang hidup sebatang kara. Pendidikan rendah, hidup dari bekerja sebagai buruh tani milik tuan tanah yang kaya raya. Walapun hidupnya sederhana tetapi sesungguhnya dia bisa melewati kesehariannya dengan baik.

Pada suatu ketika, si pemuda merasa jenuh dengan kehidupannya. Dia tidak mengerti, untuk apa sebenarnya hidup di dunia ini. Setiap hari bekerja di ladang orang demi sesuap nasi. Hanya sekadar melewati hari untuk menunggu kapan akan mati. Pemuda itu merasa hampa, putus asa, dan tidak memiliki arti.


"Daripada tidak tahu hidup untuk apa dan hanya menunggu mati, lebih baik aku mengakhiri saja kehidupan ini," katanya dalam hati. Disiapkannya seutas tali dan dia berniat menggantung diri di sebatang pohon.


Pohon yang dituju, saat melihat gelagat seperti itu, tiba-tiba menyela lembut. "Anak muda yang tampan dan baik hati, tolong jangan menggantung diri di dahanku yang telah berumur ini. Sayang, bila dia patah. Padahal setiap pagi ada banyak burung yang hinggap di situ, bernyanyi riang untuk menghibur siapapun yang berada di sekitar sini."


Dengan bersungut-sungut, si pemuda pergi melanjutkan memilih pohon yang lain, tidak jauh dari situ. Saat bersiap-siap, kembali terdengar suara lirih si pohon, "Hai anak muda. Kamu lihat di atas sini, ada sarang tawon yang sedang dikerjakan oleh begitu banyak lebah dengan tekun dan rajin. Jika kamu mau bunuh diri, silakan pindah ke tempat lain. Kasihanilah lebah dan manusia yang telah bekerja keras tetapi tidak dapat menikmati hasilnya."


Sekali lagi, tanpa menjawab sepatah kata pun, si pemuda berjalan mencari pohon yang lain. Kata yang didengarpun tidak jauh berbeda, "Anak muda, karena rindangnya daunku, banyak dimanfaatkan oleh manusia dan hewan untuk sekadar beristirahat atau berteduh di bawah dedaunanku. Tolong jangan mati di sini."


Setelah pohon yang ketiga kalinya, si pemuda termenung dan berpikir, "Bahkan sebatang pohonpun begitu menghargai kehidupan ini. Mereka menyayangi dirinya sendiri agar tidak patah, tidak terusik, dan tetap rindang untuk bisa melindungi alam dan bermanfaat bagi makhluk lain".


Segera timbul kesadaran baru. "Aku manusia; masih muda, kuat, dan sehat. Tidak pantas aku melenyapkan kehidupanku sendiri. Mulai sekarang, aku harus punya cita-cita dan akan bekerja dengan baik untuk bisa pula bermanfaat bagi makhluk lain".


Si pemuda pun pulang ke rumahnya dengan penuh semangat dan perasaan lega.


Dari cerita tadi, kta dapat menyimpulkan bahwa k
alau kita mengisi kehidupan ini dengan menggerutu, mengeluh, dan pesimis, tentu kita menjalani hidup ini (dengan) terasa terbeban dan saat tidak mampu lagi menahan akan memungkinkan kita mengambil jalan pintas yaitu bunuh diri.

Sebaliknya, kalau kita mampu menyadari sebenarnya kehidupan ini begitu indah dan menggairahkan, tentu kita akan menghargai kehidupan ini. Kita akan mengisi kehidupan kita, setiap hari penuh dengan optimisme, penuh harapan dan cita-cita yang diperjuangkan, serta mampu bergaul dengan manusia-manusia lainnya. Dan ingatlah bahwa Allah SWT selalu berada disisi kita memberi hidayah bagi hambanya yang beriman, dan juga ingatlah bahwa Allah SWT tidak akan memberi ujian sesuai dengan batas kemampuan hambanya.

Maka, jangan melayani perasaan negatif. Usir segera. Biasakan memelihara pikiran positif, sikap positif, dan tindakan positif. Dengan demikian kita akan menjalani kehidupan ini penuh dengan syukur, semangat, dan sukses luar biasa!

Editor : Muhammad Hidayat
Read more

Hijab is My Style (Written by: Rachmania Ardhyani)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Memutuskan untuk berhijab buat aku susah-susah gampang. Kalo kita udah berhijab, kita kudu berkomitmen penuh dan harus istiqomah. Masih ada juga sih yang labil pake-copot-pake-copot.  Fenomena jilbab yang sering kita jumpai saat ini adalah jilbab yang sekarang menjadi suatu aksesoris untuk mempercantik diri, memperindah penampilan atau bahkan melindungi diri dari sengatan matahari??weh..weh..weh… Nggak sedikit juga kok yang kek gitu. Udah pake jilbab tapi jilbabnya masih ditanggalkan diatas dada sampai lehernya kebuka. Lengan baju masih sesiku. Pakaian juga masih press body. Trus yang mau dilindungin apa coba.. 

Sedikit berbagi pengalaman. Dulu waktu aku pertama kali memutuskan untuk berjilbab, banyak banget godaan yang bikin aku dilema. Gimana kalo aku berjilbab? Pasti kelihatan bulet banget, secara wajahku ini emang rada chubby. Gimana juga mau berjilbab, tingkah laku aja juga masih ‘pecicilan’ kayak gini. Tapi ternyata sodara-sodara, semua su’udzon yang sempat aku pikirkan ternyata melesaet. Awal masuk sekolah setelah liburan semester ganjil, temen-temen pada histeris ngeliat perubahan penampilanku. Bukan bulet atau chubby yang mereka lontarkan, tetapi pujian cantik yang ditujukan padaku, subhanallah.. Sedikit terharu juga ingetnya. Seiring menempelnya pakaian panjang dan kain diatas kepalaku ini, kelakuanku secara otomatis juga ngikut sama si hijab. Yang tadinya kepengen pecicilan, trus keinget hijab, kembali kalem deh.. hehe.. Jadi hijab ini bisa menjadi seperti suatu rem bagiku untuk tidak melakukan hal yang out of control,  insya Allah. Hijab  juga sarana untuk lebih dekat dengan Allah dan segala kebaikan yang mengikutinya..:)

Kebetulan keputusanku untuk berhijab barengan sama waktu aku putus sama cowokku dulu. Hal yang aku takutkan pun tiba. Timbul desas-desus kalo aku berjilbab karena frustasi, patah hati habis putus sama cowok aku dulu. Seolah-olah, keputusanku untuk berhijab ini adalah sebagai suatu pelarian sakit hatiku aja, *kejaaammm… Padahal aku niat berjilbab udah dari lulus SD, cuman terealisasikan baru waktu aku kelas 2 SMA [ada akhir semester pertama. Yah, aku anggap itu sebagai salah satu ujian untuk menguji keimananku. Nah, dulu aku juga masih labil. Kalo di sekolah atau keluar masih pake jilbab, giliran pasang foto di akun jejaring sosial seperti friendster yang waktu itu masih tenar, juga di facebook aku juga pernah pasang foto tanpa hijab, parah deh..hehe.. Sama aje boong ya kalo kayak gitu. Yah, namanya juga proses. Sekarang pun hijab saya juga masih belum sempurna. Masih harus ada perbaikan dari sana-sini. Dan kembali, semua itu butuh proses…:)

Pernah juga suatu hari, salah satu temenku curhat tentang keputusannya berhijab. Semacam galau gitu, dia merasa kalo berhijbab itu nggak bisa ngikutin mode busana yang lagi ngetrend. Selain itu dia takut kalo ditolak waktu ngelamar kerja karena hijabnya, juga takut susah nyari jodohnya.  Eitsss.. Siapa bilang berjilbab itu susah nyari baju? nggak bisa gaya? susah cari kerja juga? atau bahkan susah nyari jodoh??? Whatsss?? Nonsenseee… Banyak kok model baju-baju muslim yang nggak kalah keren. Banyak juga instansi-instansi yang menerima orang berjilbab, dan banyak juga yang cari jodoh cewek berjilbab. Katanya keliatan lebih kalem.. Selama kita berada pada suatu kebaikan terlebih itu di jalan Allah, maka semuanya akan dimudahkan, insyaAllah. Hijab itu bukan hanya wajib, tapi juga penting untuk melindungi diri. Terlebih di jaman sekarang banyaaakk banget pelecehan seksual yang dilakukan di tempat-tempat umum. Ngeri banget dahh..emang susah yah jadi perawan, hehe..
Untuk itu, hijab penting untuk melindungi keindahan dan ‘ke-sekseh-an’ tubuh kita. Paling nggak kalo tubuh kita tertutupi, nggak seksi dan serba mini, kita bisa mengantisipasi imajinasi nakal orang lain pada waktu ngeliat tubuh kita. Hijab sendiri juga merupakan suatu identitas bahwa kita adalah sorang muslim. Hijab itu merupakan bukti ketaatan kita, hijab itu kusuciaan, ketakwaan, keimanan, hijab itu…sesuatu banget..
I Love Hijab, n Hijab is My Style..
Written by: Rachmania Ardhyani

Subhanallah!! Sungguh mulia perempuan itu, Semoga amal ibadahnya diterima Allah SWT. Aamiin. Satu pesan dari saya, Ingatlah sabdah Rasulullah:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya orang itu.” (Riwayat Muslim)
Segeralah bertaubat sebab Allah adalah Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat.

Editor : Muhammad Hidayat
Read more

101 Fakta mengapa perempuan Fardu/Wajib behijab

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Bagi seorang muslimah, wajib hukumnya untuk menutup aurat mereka. Salahsatu contohnya adalah memakai kerudung atau hijab, sesuai dengan firman Allah:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-ank perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakainnya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Alla adalah maha pengampun lagi maha mengasihi" (QS. Al-Ahzab : 59
Berikut 101 Fakta mengapa perempuan Fardu/Wajib behijab. 
1. Menjalankan syi’ar Islam.
2. Berniat untuk ibadah.
3. Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
4. Karena saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rizki, melindungi, dan menolong saya.
5. Karena saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau
6. Untuk memperoleh Ridho Allah (InsyaAllah).
7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
8. Seluruh ulama sepakat bahwa hukum mengenakan jilbab itu wajib.
9. Agar kaum wanita menutup auratnya.
10. Bukan karena gaya-gayaan.
11. Bukan karena mengikut trend.
12. Bukan karena berlagak sok suci.
13. Lebih baik sok suci dari pada sok zholim.
14. Tidak sekadar bermaksud agar berbeda dari yang lain.
15. Meninggikan derajat wanita dari belenggu kehinaan
yang hanya menjadi objek nafsu semata.
16. Jilbab cocok untuk semua wanita yang mau menjaga
dirinya dari objek nafsu semata.
17. Saya ingin menjadi wanita solihah.
18. Saya tengah berusaha mencapai derajat teqwa.
19. Jilbab adalah pakaian taqwa.
20. Jilbab adalah identitas wanita muslimah.
21. Diawali dengan mengenakan jilbab, saya ingin menapak jalan ke surga.
22. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.
23. Istri-istri Rasulullah berbusana muslimah.
24. Para sahabiah (sahabat Rasulullah yang wanita) juga berbusana muslimah.
25. Mereka merupakan panutan seluruh muslimah, begitu juga saya.
26. Semoga Allah memberikan kepada kita balasan jannah yang sama seperti mereka.
27. Untuk meninggikan izzah Islam.
28. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).
29. Jilbab lebih melindungi diri.
30. Membuat saya lebih merasa aman.
31. Menjaga diri dari gangguan lelaki usil.
32. Menjaga diri dari obyek pandangan lelaki yang hanya ingin ‘cuci mata’.
33. Menjaga diri dari objek syahwat lelaki.
34. Menjaga diri dari mata lelaki yang jelalatan.
35. Menjaga diri dari tangan-tangan usil yang ingin menjamah.
36. Menghin dari zina mata dan zina hati.
37. Merupakan pencegahan dari perbuatan zina itu sendiri.
38. Jilbab dapat menghindari saya dari sikap-sikap yang negatif.
39. Jilbab dapat menghapus keinginan-keinginan yang menyimpang.
40. Membuat saya lebih bersahaja.
41. Membuat saya lebih khusyu’.
42. Mejauhkan saya dari perbuatan dosa (insyaAllah).
43. Membuat saya malu bila berbuat dosa.
44. Mendekatkan saya pada Allah.
45. Mendekatkan saya pada Rasulullah.
46. Mendekatkan saya pada nabi-nabi-Nya.
47. Mendekatkan saya pada sesama muslim.
48. Mendekatkan saya pada ajaran Islam.
49. Membuat saya tetap ingin belajar tentang Islam.
50. Membuat saya selalu merasa haus akan ajaran Islam.
51. Membuat saya tetap ingin menjalankan ajaran Islam.
52. Ajaran Islam berlaku sepanjang masa, tidak ada yang kuno.
53. Berjilbab bukan sesuatu yang kuno.
54. Mengatakan berjilbab itu kuno berarti telah menggugat otoritas Allah.
55. Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang terbaik bagi ummat-Nya.
56. Berjilbab, berarti menandakan kemajuan penerapan ajaran Islam di masa kini.
57. Merupakan satu barometer telah terbentuknya suatu lingkungan yang Islami.
58. Membedakan diri dari penganut agama lain.
59. Memudahkan dalam pengidentifikasian sesama saudari seiman.
60. Memperkuat tali silaturahmi dan ukuwah sesama muslimah.
61. Menghilangkan keraguan saya bila ingin menyapa saudari muslimah.
62. Memudahkan menanamkan rasa sayang-menyayangi sesama saudara/saudari seiman.
63. Membuat saya lebih terlihat anggun.
64. Membuat saya terlihat menyenangkan.
65. Membuat saya lebih terlihat wanita.
66. Tidak terlihat seperti laki-laki.
67. Membuat saya selalu berada dalam lingkungan yang Islami.
68. Jilbab menjaga saya dari pergaulan yang salah.
69. Memudahkan saya, dengan ijin Allah, mengenal lelaki yang salih.
70. Wanita yang baik (salihah) dengan lelaki yang baik (salih) pula.
71. Mudah-mudahan saya diberi jodoh lelaki yang salih.
72. Jodoh merupakan urusan Allah.
73. Dengan keta’atan pada Allah, Allah akan memberikan kemudahan-Nya.
74. Memudahkan saya dalam beraktifitas..
75. Membuat lebih mudah bergerak.
76. Jilbab menjagaku sehingga tidak terlihat lekuk-lekuk tubuh
77. Sangat repot bila memakai pakaian wanita seperti trend saat ini (yang ketat).
78. Saya tidak suka memakai celana jeans.
79. Celana jeans yang ketat dapat menyebabkan kanker rahim karena suhu di sekitar rahim tidak beraturan.
80. Menghemat waktu dalam berpakaian.
81. Menghemat waktu dalam berhias.
82. Tidak perlu repot-repot selalu berusaha mengikuti trend mode yang berkembang.
83. Menghemat biaya untuk membeli pakaian yang sedang trend.
84. Menghemat biaya untuk membeli make up.
85. Melindungi kulit wajah dari make up yang dapat merusak kulit.
86. Melindungi kulit dari sengatan sinar matahari.
87. Meminimalkan penyakit kanker kulit.
88. Sengatan matahari dapat mengurangi kelembaban kulit sehingga kulit jadi kering.
89. Meminimalkan munculnya bintik-bintik hitam pada permukaan kulit akibat perubahan pigmen di usia tertenu.
90. Melindungi rambut dari debu-debu yang berterbangan.
91. Debu-debu itu dapat mengotori rambut dan menyebabkan rambut mudah rontok yang berakibat kebotakan.
92. Menuntun saya untuk hidup lebih sederhana.
93. Menghindari hidup yang konsumtif.
94. Membuat diri tidak silau dengan kemegahan dunia dan segala perhiasannya.
95. Membuat saya lebih memikirkan hal lain selain mode dan perhiasan.
96. Menempatkan wanita menjadi subjek dalam proses pembangunan ummat.
97. Lebih mudah dalam menabung.
98. Memiliki kesempatan untuk melakukan ibadah haji.
99. Memiliki kesempatan lebih banyak untuk berinfaq dan sedekah.
100. Itu berarti lebih banyak beramal untuk bekal di hari kemudian.
101. Membuat saya merasa menjadi wanita seutuhnya.

Read more